Friday, January 15, 2021

Solat Jumaat 15/1/2021


*INGATAN MESRA*

Assalamualaikum
SOP SOLAT JUMAAT DALAM TEMPOH PKP DI MASJID TAMAN TASIK UTAMA

1.Had Jemaah - 40 orang sahaja ( Keutamaan kepada Ahli Kariah TTU) warga asing tidak dibenarkan.

2.Kebenaran masuk berdasarkan "first come first serve".

3.Pagar Masjid akan di *BUKA* jam 1200 tengahari.

4.Pagar masjid akan di *TUTUP* apabila cukup 40 orang jemaah. 

5.Pakai pelitup muka.

6.Bawa sejadah sendiri.

7.Jaga penjarakan fizikal 1 meter.

8.Tidak bersalaman atau bersentuhan antara jemaah.

9.Daftar dalam aplikasi MySejahtera@ buku rekod dan imbas suhu. 

10.Bagi jemaah yg bergejala/ tidak sihat atau mempunyai penyakit kronik adalah diminta tidak jadir bagi kebaikan semua pihak. 

11.Bagi jemaah yang tidak mendapat tempat atau tidak dibenarkan masuk atas sebab tempat telah penuh adalah diminta solat zohor di rumah sahaja dan berlapang dada dengan ketentuan Nya.

Semoga semua ahli kariah akur dengan ketetapan yang telah disediakan oleh pihak berkuasa dan sama-sama berdoa agar segala kesulitan dalam beribadah di permudahkan selepas ini.

BIRO KESELAMATAN
Masjid TTU

No comments:

Post a Comment